-->

Daisypath Anniversary tickers

Showing posts with label ~FaVouRiTe~. Show all posts
Showing posts with label ~FaVouRiTe~. Show all posts

Monday, May 10, 2010

Kebenaran, Kebenaran LUBANG, dan Tapi Ada Kebenaran!


Meskipun donat dilaporkan diperkenalkan ke Amerika oleh Belanda, mereka bukan orang pertama yang datang dengan idea sebuah lubang di tengah.
Jadi sebenarnya ada alasan untuk memiliki lubang di tengah?
Jawabannya adalah ya.

Sebagai pelaut, Hanson Gregory dari Maine USA berada dalam keadaan dilema semasa belayar pada satu malam dan dia telah dihidangkan dengan donut yang lazat.

Angin yang kuat datang dari laut dan kedua tangannya diperlukan untuk kemudi kapal, jadi apa yang harus dilakukan dengan donat itu?

[Dia hendak letak di mana donut yang dia sedang makan tu kan..]
Tidak lama kemudian, dia memasukkannya ke salah satu jari-jari roda, sehingga menekan keluar pusat donut tersebut.
[Cik Yuyun tahu mesti ramai yang tak dapat imagine kan ??? 0_o


Setelah kapal berada dalam keadaan terkawal dan dia hendak sambung makan donut tadi itu, dia berfikir bahawa donat adalah lebih baik tanpa bahagian pusat kerana dia selalu menjumpai donut agak terlalu lembek di bahagian tengah. Oleh itu dia meminta jurumasak kapal untuk menyediakan donat dengan lubang di tengah.
Demikianlah inventing donat cincin.


Monday, May 3, 2010

Kelly Clarkson Fat

Post untuk kali ni tak ada kena mengena dengan diri aku
Huhu
Hopefully la
Aku yang bukan artis ni pun habis-habisan control badan aku
Amalkan diet kurang karbohidrat yang nyata sekali berhasil
Berat sudah turun 5 kilo hehe ^_*

Disebabkan si Kelly baru je datang buat konsert di Malaysia
So, teringin nak highlight tentang perubahan diri dia yang sangat ketara ni
Yang tak boleh tahan tu bila dia terkejut kat Malaysia ni ada coffee bean
Dia ingat Malaysia ni kuno sangat ke??? urghh


Ini adalah pic pada tahun 2005

Pada tahun 2007 dan 2008 mungkin peminat sudah perasan dengan perubahan berat badan si artis ni


Ni pic dia bersama Miley Cyrus and Taylor Swift
Compare la sendiri heee
Kan kan kan. Yang paling suka bila dia sendiri mengaku dia tak kenal diri sendiri bila tengok cover album dia yang cun melecun tuh sebab dah diphotoshop and di airbrush habis2an. huhu

Tapi suka lah dekat dia
Walaupun dia sudah sangat chubby,
suara dia tetap maintain dan dia masih comel
Tapi hopefully dia turunkanlah berat dia tu sikit
Sebagai public figure, dia wajib bagi contoh terbaik terhadap peminat especially aku
Aku ni pantang kalau tengok orang gemuk
Mesti lepas ni aku pun nak ikut sama hahah *_^

Saturday, March 27, 2010

~DoWN WiTH LoVe~




Drama ni currently tengah airing di Taiwan
Di Malaysia plak at 8TV setiap hari Sabtu jam 6.30 pm
Memang best drama ni
Ada romantik, komedi, sedih
Lagu2 dia pun best!
Jerry Yan yg kumpulan F4 tu yang berlakon..
Memang suka gila la kat dia
Dari mula
2 F4 muncul lagi hehe
Syangat syuuumel!
Dia berganding dengan Ella Chen (Ahli kumpulan S.H.E)



Al-Kisahnya...........

**************************************************

Yu Ping (Jerry Yan) adalah seorang lawyer. Satu hari his brother mati kemalangan and Yu Ping terpaksa jaga anak-anak abang dia. Yang Guo (Ella Chen) di upah menjadi penjaga budak2 ni atas pertolongan kakak dia yang bekerja as secretary kepada Yu Ping
..Time ni la yang kelakar sebab dengan sikap Yu Ping yang tak berperikemanusian and Yang Guo pulak jenis yang tak mahu mengalah. Adegan2 diorang bertengkar memang lucu. Sampailah Yu Ping perasan yang dia sebenarnya ada hati kat Yang Guo ni..Walaupun Yang Guo ni xla secantik perempuan lain. Pada Yu Ping Yang Guo comel..hehe

Bila mak budak-budak ni nak ambil balik diorang, Yang Guo pun xlah kerja lagi dengan Yu Ping. This time Yu Ping merasa pelik sebab dia xboleh jauh dari Yang Guo. Macam-macam alasan dia guna semata-mata nak jumpa Yang Guo.

After that, Yang Guo kerja pulak dengan Ke Zhong, kawan baik Yu Ping. Ex-girlfriend Yu Ping, Hui Fa juga pernah jadi ex-girlfriend Ke Zhong nak balik semula kat Yu Ping. Tapi Yu Ping xmahu sebab dia suka Yang Guo. Disebabkan Ke Zhong sayang sangat kat Hui Fa dia tu and xsampai hati nak tengok dia sedih, dia sanggup berpura-pura ada hati dekat Yong Guo walaupun dia sudah tahu Yu Ping suka Yang Guo. Dia buat macam tu sebab dia mahu dekatkan balik Yu Ping dengan Hui Fa.

Sampai sini jelah episod yang sudah disiarkan

*************************************************

Best sangat cerita ni sebab banyak yang kelakar and sangat romantik
Hehe..