-->

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, May 29, 2010

Logo Crocs

Ramai bloggers da buat entry tentang keraguan logo Crocs. Ada yang komen panjang lebar, ada yang copy paste.
Tapi Cik Yuyun nak copy paste and himpunkan apa yang para bloggers komen tentang isu ini.


Sumber: Taufiqduta


Kebelakangan ni isu logo produk alas kaki berjenama, Crocs (tm) yang menyerupai kalimah Allah menjadi semakin hangat setelah komen ringkas daripada seorang ustaz merangkap pemilik laman saifulislam.com mengatakan perkara ini hanyalah sebagai andaian kita dan logo ini hanya secara kebetulan. Ada yang menyokong pendapat tersebut dan ada pula yang sebaliknya.

Apa itu Crocs?
Bagi yang tidak mengenali produk ini, jenama Crocs sudah menjadi salah satu alas kaki yang popular kerana ciri-cirinya yang selesa, mudah dipakai dan memberi perlindungan kepada kaki melebihi selipar jepun (ada sesetengah yang panggil dengan gelaran selipar jamb@n) atau nama modennya, flip-flop. Dengan kata lainnya, Crocs juga boleh dianggap sebagai selipar jepun/selipar jamb@n era moden.

Keraguan
Seperti yang telah saya nyatakan pada awal tadi, logo Crocs menjadi hangat kerana menyerupai kalimah Allah. Saya yakin disebabkan perkara ini ada berlaku perselisihan faham dalam kalangan kita tak kira dimanapun kita berada kerana sebahagian daripada kita ada yang memakainya dan ada yang tidak. Dalam isu ini terdapat dua keraguan yang muncul ; 1) logo Crocs yang menyerupai kalimah Allah dan 2) Crocs secara keseluruhannya adalah salah satu taktik Yahudi dan Nasrani dalam menyumbangkan duit kepada pembunuhan umat Islam serata dunia.
Dalam isu pertama, hanya logo Crocs (bukan pada keseluruhan alas kaki tersebut)yang menjadi tanda tanya sama ada logo tersebut termasuk dalam rancangan Yahudi dan Nasrani dalam menghina Allah yang maha Mengetahui itu benar atau tidak. Hal ini tidaklah dapat kami pastikan secara mutlak. Kita sebagai umat Islam dipertanggungjawabkan untuk mengelakkan segala jenis keraguan yang hadir. Timbulnya keraguan pada logo itu telah membuatkan perlunya kita untuk menghilangkan logo tersebut daripada alas kaki kita.

Crocs sebagai penyumbang kewangan kepada pembunuhan umat Islam sedunia juga adalah satu keraguan kerana masih belum terdapat bukti kukuh diketengahkan. Keraguan muncul pada hasil keuntungan mereka dan bukan pada produk mereka. Apa yang ingin ditekankan disini adalah anda masih boleh memakainya kerana jika hal ini adalah benar, anda telahpun melakukannya dibawah pengetahuan anda dan perkara ini tidak salah dan tidak boleh diulangi semula. Bermakna jika anda memilikinya, anda berhak memakainya selagi logo yang menjadi keraguan itu tidak terdapat padanya (logo telah dikikis). Jika anda tidak memilikinya, anda perlulah mengelakkan diri daripada membeli bagi mengelakkan anda membayar harga bunuh diri anda sendiri. Namun diingatkan sekali lagi, perkara ini masih menjadi keraguan kerana masih belum terdapat sebarang bukti kukuh padanya.

Umat Islam mesti mengelakkan diri daripada keraguan kerana daripada satu keraguan, muncul pula keraguan pada perkara lain. Dalam hal ini contohnya, seandainya telah terbukti benar mereka menyumbangkan hasil keuntungan kepada operasi pembunuhan umat Islam sedunia, kita perlulah mengelakkan diri daripada membelinya. Mereka yang telah lama membelinya pada pendapat saya boleh meneruskan pemakaian alas kaki tersebut namun diragui pemakaian tersebut menjadi iklan penarik minat untuk orang lain pula membelinya. Maka jika terbukti perkara ini benar kelak, elakkanlah daripada memakai sebarang jenis alas kaki yang sama bentuk dengannya sama ada asli, cetak rompak mahupun hanya pada bentuk (tiada sebarang logo tersebut padanya) kerana boleh menarik minat orang lain dalam memiliki yang produk Crocs yang asli.

Allahua'lam. Ini hanya pandangan seorang anak muda yang belum mencecah umur puluhan tahun. Sebarang kesilapan harap ditegur dan dibetulkan. Harap anda dapat fahami mesej yang ingin disampaikan saya melalui penulisan ini sebelum memberi sebarang komen mengenainya. Dan diharapkan juga penulisan saya tidaklah terlalu memutarbelitkan pemikiran anda untuk memahaminya. :)
-wanariefimran-

Sumber : Grafiquee

Ramai yang berpendapat isu ini adalah kebetulan dan mengangap orang-orang yang sempit pemikiran sahaja yang menimbulkan isu seperti ini.

Pendapat aku :

  1. Agak keterlaluan jika kita mengangap orang yang menimbulkan isu ini sempit pemikirannya sebab mereka ini lah yang setidak-tidaknya berjuang untuk menjaga kalimah Allah dan mereka amat sensitif jika ada mana-mana pihak menghina kalimah Allah.
  2. Tidak perlu memperbesar-besarkan perkara remeh ini : Kebanyakkan orang yang percaya akan isu ini dihentam oleh sebilangan umat islam sendiri yang mengangap isu ini kebetulan dan remeh. Perkara seperti ini memang patut diperbesar-besarkan dan dibincangkan oleh kita sebagai umat islam dan baru kita tau isu ini betul atau tidak..kan2..
  3. Kebetulan : Kita perlu berfikir berkali-kali, jika ini kebetulan mengapa ianya seakan-akan, bahkan bagi aku hampir 70% sama. Mungkin ini strategi mereka untuk membuatkan kita berfikir ini kebetulan. (mungkin)

Pengasas CROCS berniat menghina Islam

Pendapat aku :

  1. Bukti???
  2. Logo tersebut hanya menyerupai dan bukan benar kalimah Allah 100% so nak tuduh memang kita tak ada bukti, tidak salah kita berhati-hati tetapi untuk terus menuduh tanpa bukti itu salah, logo salah tapi pihak Crocs mungkin tak bersalah kerana ianya kebetulan..(mungkin)

Apa yang aku lakukan terhadap crocs yang ada dirumah

  1. Aku hilangkan logo tersebut : aku tidak percaya pihak crocs nak menghina islam kerana aku tiada sumber dan bukti yang boleh dirujuk.
  2. Dah tak percaya kenapa dihilangkan : Dari pandangan aku kalimah tersebut benar menyerupai kalimah Allah tapi tak 100%, jika diubah barulah ianya menjadi kalimah Allah. Di sini sedikit keraguan dalam hati aku sendiri kerana dari pandangan aku yakin ada kalimah di situ walaupun sedikit, so untuk menghilangkan 100% keraguan aku hilangkan logo tersebut.
  3. Aku tidak percaya itu kalimah Allah tapi kerana hati aku menyatakan “bukan, tapi mirip kalimah Allah” membuatkan aku buang logo tersebut.

2 comments:

mimi syamimi said...

betul2...hilangkan je...
adek aku bakar bahagian tu...sebab de plastik so de akan cair n ilanglah logo tu.... =p

Unknown said...

blog kereta mayat pun ada bagitau pasal ni dulu kan. huhu. ha'ah la boleh hilangkan