-->

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 14, 2009

CHeCK ouT DiS oNe!

Ni la berita about kpergian org yg caye cyg...uuuwaaa


Ekspedisi biodiesel 50 warga UTM bermula


Zaini Ujang melancarkan pelepasan Ekspedisi Biodiesel 2009 UTM Jelajah ke Universiti Prince Songkhla, Thailand di Bangunan Pentadbiran UTM Skudai, Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 12 Mei - Seramai 50 mahasiswa dan kakitangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini memulakan ekspedisi mempromosi penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar untuk kenderaan.

Ekspedisi selama empat hari itu bermula di Skudai ke Surat Thani, Thailand, yang melibatkan perjalanan sejauh 1,500 kilometer.

Naib Canselor, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, ekspedisi yang melibatkan tujuh buah kenderaan itu menggunakan biodiesel sebagai bahan bakar.

Katanya, biodiesel merupakan bahan api berasaskan sumber alam yang dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan menjadikan hayat enjin lebih panjang.

''Untuk perjalanan dari Skudai ke Hatyai, bas akan menggunakan 20 peratus biodiesel sebelum ditingkatkan penggunaannya kepada 100 peratus bagi meneruskan perjalanan sejauh 485 kilometer ke Surat Thani.

''Biodiesel yang digunakan semasa di Thailand dihasilkan oleh Universiti Prince Songkhla, Hatyai, yang memiliki kemudahan memproses 1,000 liter biodiesel sehari,'' katanya pada majlis pelancaran program Ekspedisi Biodiesel 2009 di UTM, Skudai di sini hari ini.

Katanya, program anjuran mahasiswa Kolej Tun Dr. Ismail yang turut disertai oleh lapan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu, bukan sekadar memperkenalkan kepakaran UTM dalam penyelidikan biodiesel tetapi turut memupuk semangat kerjasama dan juang di kalangan mahasiswa.

Jelas Zaini, menerusi ekspedisi tersebut mahasiswa mampu mengumpul pengalaman yang tidak dapat diperoleh dalam bilik kuliah seperti kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis, semangat kerja berpasukan dan penyelesaian masalah.

Sepanjang perjalanan, anggota rombongan akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R & R) Seremban, Sungai Perak dan Gurun untuk mengadakan pameran dan mengedar risalah mengenai kebaikan penggunaan biodiesel.

Dalam pada itu, lima daripada peserta terbabit akan menetap selama 10 minggu di sana untuk menjalani latihan industri.

0 comments: