Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.myDEMI mencari ilmu dan pengalaman, keluarga dan rakan sanggup ditinggalkan seketika. Itulah yang menjadi pegangan lima pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor yang menjalani latihan industri di Universiti Prince of Songkla (PSU), Surat Thani, Thailand.
Pelajar Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Sumber Asli UTM itu akan menjalani latihan praktikal dalam industri pemprosesan agro termasuk kilang sawit sekitar wilayah Surat Thani selama 10 minggu.
Penghantaran pelajar ke PSU itu adalah melalui perjanjian persefahaman (MoU) yang di tandatangani kedua-dua universiti pada 2005.
Penyertaan lima pelajar itu juga pertama kali berbanding PSU yang sudah menghantar pelajarnya ke Malaysia sejak 2005.
Mohamad Toha Noh, 22, berkata peluang untuk menjalani latihan praktikal di luar negara sudah 5 siswa UTMditunggu sekian lama dan menjadi salah seorang pelajar terawal menghantar permohonan.
Menurutnya, keputusan menjalani latihan praktikal di Surat Thani dibuat bukan kerana negara ini tidak punya tempat bersesuaian tetapi semata-mata untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman.
"Sepanjang 10 minggu di sini, latihan yang akan dijalani dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya, bahagian makanan, bioteknologi dan biodiesel.
"Menerusi ilmu dan pengalaman yang diperolehi nanti, akan dikembangkan di UTM selepas kembali ke Malaysia," katanya.
Seorang lagi pelajar, Ahmad Muzammil, 20, berkata dugaan paling besar yang akan dihadapi adalah perbezaan budaya dan bahasa.
"Namun, itu bukan satu bebanan tetapi cabaran. Ini kerana, kami bukan saja akan memperolehi ilmu dan pengalaman malah berpeluang mengenali budaya serta adat resam masyarakat setempat.
"Selain itu, kami harap ia menjadi contoh pelajar lain yang akan mengikut jejak kami mencari ilmu yang cukup luas dan lebih terbuka," katanya.
Untuk mengalu-alukan penyertaan kali pertama UTM itu, Ekspedisi Biodiesel 2009 ke PSU Surat Thani turut diadakan baru-baru ini.
0 comments:
Post a Comment