-->

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, February 21, 2010

DiLeMa: KeRJa+KaHWiN+MaSTeR

Kerja,

Saya rasa persoalan ini akan hinggap disetiap individu yang sedang berada di semester yang terakhir. Apa yang perlu diutamakan selelpas ini , adakah kerja??adakah kahwin??, adakah sambung Master??. Persoalan ini semestinya membelenggu dalam jiwa masing-masing terutama diri saya. Sudah jenuh saya memikirkan, rasa macam nak terbakar kepala ini apabila persoalan demi persoalan ini timbul.

Kerja bukan matlamat hidup saya tapi kerja sebagai jalan untuk meneruskan kehidupan ini. Amat menyedihkan apabila seeorang sahabat saya dengan bangga menyatakan bahawa tujuan dia masuk u ini hanyalah untuk mendapatkan pekerjaan yang baik seterusnya gaji yang besar dan dapat hidup senang lenang.


Adakah itu matlamat kita menuntut ilmu. Saya merenung sejenak dan tiba-tiba terlintas difilkran saya mengenai hadis pertama dalam Hadith 40 iaitu mengenai Niat. Antara intipati hadith tersebut ialah segala perbuatan kita bergantung kepada niat kita. Jika kita belajar untuk mendapatkan pangkat dan duit maka kita akan mendapatnya. Akan tetapi jika kita niat kerana Allah dan Rasul maka kita akan mendapat Alllah dan Rasul. Maka saya dapat membuat kesimpulan bahawa kerja bukan matlamat tetapi hanya penghubung untuk meneruskan kehidupan. Kerja kita yang sebenar ialah berkhidmat menegakkan syiar Islam, Allah sebagai majikan, pahala sebagai gaji, kenaikan pangkat bergantung kepada iman dan bonusnya ialah syurga.


Kahwin

Persoalan ini juga bermain-main dikotak fikiran saya. Kalau diikutkan umur memang selayaknya dah bergelar isteri tetapi bila difikirkan kembali apa jaminan saya untuk diberikan kepada sesiapa sahaja bakal suami saya. Semakin difikirkan semakin seraabut kepala saya hinggalah saya terjumpa satu hadith yang tidak ingat matan hadithnya yang menyatakan bahawa perkawinan srolah-oleh telah menyelesaikan separuh daripada urusan agama.

Melihat kepada hadith tersebut saya semakin bersemangat untuk mencari separuh daripada urusan agama tersebut. Saya juga teringat kata-kata seorang penceramah motivasi, “perkahwinan ibarat gedung pahala”.


Besar makna kata-kata tersebut. Penceramah itu menambah, contoh yang paling mudah ialah bila isteri mentaati suami merupakan satu proses pahala yang berpanjangan dan begitu huga suami yang bekerja mencari nafkah merupakan satu ibadat yang berpanjangan. Indahnya dunia perkahwinan…….

Kesimpulan…………

Mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan saya…..amin


MASTER,


Persoalan master juga bermain-main difikiran saya. Rasa sedikit sangat ilmu ini jika dibandingkan ijazah yang akan diperolehi. Perasaan ingin menambah ilmu semakin membuak kerana saya akui ilmu di dada belum cukup untuk meneruskan kehidupan bersama masyarakat yang dahagakan ilmu agama.


Saya terpesona dengan kata-kata ustaz fakhrurazi ketika beliau menyampaikan ceramah ringkas di Masjid UKM dua hari yang lepas, beliau berkata, “kebanyakan mahasiswa sekarang ini telah berlaku kesyirikan yang tersembunyi, mereka belajar hanya untuk mendapatkan segulung ijazah, seolah-olah mahasiswa sekarang ini telah menjadikan sijil sebagai “berhala” mereka.


Belajar kerana sijil, study kerana sijil semua berpaksikan sijil, beriman kepada siji l.MasyaAllah…………..

Takutnya bila difikirkan kembali,, adakah saya belajar selama ini kerana Allah atau kerana segulung ijazah yang apabila terbakar atau hilang akan lenyap. Adakah saya belajar semata-mata untuk mendapatkan kerja yang bagus atau kerana Allah. Astaghfirullah……..(muhasabah diri)

Kembali kepada niat saya untuk sambung master. Nampaknya saya perlu betulkan niat dahulu tujuan sebenar nak sambung master. Kalau kerana sijil baik lupakan sahaja. Kesimpulan………..


“betulkan niat dan ikhlaskan hati”

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA……..

*Petikan:
ibnumustaffa85.blogspot.com*

0 comments: